Dulu
Depa kata
Haji Hadi kata menentang UMNO tu jihat. ( lu bacalah Amanat Haji Hadi sampai khatam)
Sekarang
Depa kata
Tuan Guru Haji Abdullah al-Najmi Bin Haji
Saamah, Pengasas Pondok Al-Najmiah Geting, Tumpat dan Pengerusi Minda
Pondok Kelantan kata mengundi PAS adalah haram.
Kini.
Depa kata
Barang siapa yang menyesatkan orang lain maka akhirnya dia dipertontonkan akan kesesatan dirinya sendiri. Allah Maha Kuasa.
Gitulah. Jika lu mau berfikir dan menimba iktibar. Semua janji Allah adalah benar.
Selasa, 19 Februari 2013
CAKAR ANWAR
Kalimah 'ALLAH'. Ini bukan kata dua lagi. Kata dua sudah berjela-jela. sudah sampai masanya Melayu Islam bertindak. Demontrasi jalanan ala Anwar Ibrahim sudah mangli kepada Melayu Islam. Ia sudah jadi agenda biasa. Tinggalkan Anwar dengan igauan ke Putrajaya. Ana berdoa agar impiannya tidak kesampaian. Dia menjadi edola bagi orang yang ketinggalan keretapi. Ketika kita sudah berlepas dari hentian, pengikutnya masih menanti gerabak usang yang tergelincir akan tiba. Masih adakah gerabak harapan itu? Tidak. Anwar tidak layak dipilih.
Anwar sudah hilang punca. Dia gadai kalimah 'ALLAH' semata-mata untuk mencari penumpang dari Sabah dan Sarawak. Dia mimpi dan mengigau. Kiranya dia berjaya pun menawan Putrajaya, pastinya Melayu Islam tegar tidak akan memaafkannya. Ana tetap meneruskan jihat hingga akhir hayat. Tanpa tolak ansor. Kalau sampai perlu mengasah wali sekalipun ana akan turun padang. biarlah ia menjadi jihat terakhir dalam baki hayat yang ada. Ana marah sungguh-sungguh. Cuma sebagai penganut Islam, ana tidak sampai hati untuk maki hamun Anwar Ibrahim. Itu bukan didikan Islam. Dia tetap saudara kita selagi sahadahnya kekal dan abadi. Namun sampai bila?
Anuwar sudah tidak boleh dikategorikan sebagai ulamak. Lagak ulamak semakin songsang. Rakan kongsinya adalah DAP laknatullah. DAP menentang apa sahaja yang ada kaitan dengan Islam. Terang lagi nyata. Ini bererti kita mesti menolak DAP. Haram mengundi segala calon yang bersekongkol dengan DAP. Ini patwa sebahagian ulamat tanpa kepartian. Bererti kali ini ana tidak akan mengundi PAS kecuali PAS bertindak meninggalkan Anuwar dan DAP.
cikgu Non afgan, ana tumpang mencakar.
Jumaat, 11 Januari 2013
Rabun hingga Buta
PAS dah panggil mesyuarat dak lagi apabila isu kalimah "ALLAH" diperkatakan?. Kepimpinan tertinggi kata lain, gulungan ulama kata lain. Tak sebulu. Tidak sejalan. Pening. Teghok!
Depa dok kata
Dulu PAS dakwa, hala tuju politik PAS berdasarkan kepimpinan ulama. Nah! sekarang satu pihak hala ke kiri, sebelah pihak lagi ke kanan. Pihak yang nak ke depan tak dak oghang. La ni nak ikut siapa? Pemimpin tertinggi atau Majlis Ulama?.
Depa dok kata
Lu baca surah al-Ikhlas. Kalau lu faham maka lu akan pertahankan kalimah ALLAH sebagai hak Islam.
Depa dok tanya
Kenapa geng kristianis tak nak tukar "God" kepada "Murugan".atau guna "Dewa". Chih! kenapa nak ambil dari Al-Quran. Hak Islam.
Depa kata
Ya di Mesir sudah lama kalimah "Allah" diguna pakai oleh penganut kristian. Ya. Ya. Tetapi adakah sama rakyat Mesir dengan rakyat Malaysia. Di Mesir ulama terlalu ramai. Keluar sahaja permasalahan maka ia akan dijawab serta merta. Rakyat Mesir keturunan Arab Mesir. Rakyat Malaysia keturunannya....?, haiya lu fikirlah sendiri. Berapa banyak nama tuhan-tuhan yang dianuti di kalangan rakyat bukan Islam di Malaysia?. 'Allah' pun lu nah gadaikan juga. Berapa hari lu duduk di Mesir? Lu kencing saja, sebenarnya lu tidak tahu apa-apa..
Depa dok kata juga
Yang PAS dok sebok jawab bagi pihak DAP....apa pasai, pasai apa? Itu kafir harbi Lim Guan Eng minta kepada kerajaan, biarlah kerajaan yang jawab. PAS diam sudahlah. Guan Eng mau PAS sama UMNO rioh rendah. Itu sahaja. Pasai undi untuk Melayu dalam pemilihan DAP 'illek' sudah hilang. Sekarang siapa bertepuk tangan?. Itu macam pun tak boleh baca ka? Buta.
Depa dah tau
Harimau suka cakar.
Harimau suka cakar.
Rabu, 9 Januari 2013
Depa Kata
Depa kata
Sekarang ni ramai artis lari ke markas PAS dan jadi ahlinya.
Depa kata
Sekarang ni ramai ulamak lari masuk markas UMNO.
Depa kata
lu fikirlah sendiri.
Selasa, 8 Januari 2013
Senjata Makan Tuan
Ludah ke langit akan timpa hidung sendiri. Lu lihat sendiri. Gua cuma kutip untuk lu mudah faham, lihat dan fikir dengan lu punya kepala. Dulu (Tuan Guru ?) Haji Hadi buat ucapan dan kemudiannya dinamakan 'Amanat' oleh para pengikutnya dan ditampal setiap rumah dan surau PAS oleh para ahli yang tegar itu. Mereka patuh dan amalkan kerana percaya dengan taksubnya akan kebenaran kata-kata itu.". Lu baca
SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH
KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMANYA UMNO, KITA MENENTANG BARISAN
NASIONAL BUKAN KERANA IA NAMA BARISAN NASIONAL, KITA MENENTANG DIA IALAH
KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2
PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH
KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI
MEREKA, OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG BERLAWAN DENGAN MEREKA.
PERCAYALAH SAUDARA2 SEKELIAN, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA
ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD DAN KALAU KITA BERLAWAN DENGAN
PUOK-PUOK NI DAN KITA MATI KERANA JAYA BERLAWAN NI, MATI KITA ADALAH
MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM"
Sekarang 30 tahun sudah berlalu. Apa macam? Itu tudahan. Itu amanat. Semuanya dikembalikan oleh Allah kepada itu Tok Guru. Dia sudah kamceng dengan DAP ma. Sekarang lu tukar kata bergaris di atas itu kepada PAS dan PKR.
Dulu, UMNO dituduh tidak amanah, salah guna kuasa. Nah sekarang lu fikir sendiri. Itu ribu-ribu relong tanah di Kelantan PAS bagi sama siapa? Itu duit Memali mana PAS simpan.Sekarang secara jujur lu cakap la. Lu boleh tutup mulut tapi lu tidak boleh tutup mata . Telingapun lu tidak oleh sumbat.
Kawan! itu air lior, gelema ada busuk ka..? Ludah dalam longkang la, jangan ludah ke atas, itu langit.
Selamat mengundi, tapi bukan PAS. Bukan PKR.
Jumaat, 7 Disember 2012
Aku Takkan Pangkah PAS Lagi.
Kenapa aku marah sangat kepada PAS. Maaflah. Aku marah parti bukan Ahli PAS. Sebahagian pemimpin. Bukan semua. 2008 aku serah negeriku Kedah Darul Aman. Aku memang pangkah PAS kerana aku benci kepada UMNO. Pak Lah lembek. Ghonyeh dan jahanamkan. Bila PAS menang dia masih setia dengan status pembangkang. Apa yang dia labelkan UMNO dia sendiri tidak laksanakan. Apa dia janji dia mungkiri. Kau pun tahu ketika dia berjanji dia sendiri tidak terfikir bahawa dia akan menang. Bila menang dia terpinga-pinga. Memang selamanya dia belum pernah tawan Kedah. Bila menang dia cuba ubah. Nyata mereka buta urusan pentadbiran. Mereka hadapi pelbagai sekatan disebabkan oleh peraturan dan undang-undang. Mereka tidak menjadi tegar untuk mengubah tetapi terus menjadi pak turut. Maka mereka pun menjadi seperti UMNO. Ikut. Bahasa orang politik 'benda dah elok, kita ikut sajalah'.
Aku mungkin buta. Entah buta perut atau buta maklumat. Tapi memang aku tak nampak projek dan program yang Islamik. Apa yang ada memang sudah PAS sentiasa melaksanakannya sejak dahulu. Ceramah. Kempen. tempek poter sana sini. Rumah urut, karaoke, judi ekor, kandang babi, masih macam zaman UMNO.
Bandaraya Alor Star masih kotor. Tidak berubah. Tiada perubahan sikap para peniaga. Masih pakai tikar plastik untuk bumbung gerai. Masih keluarkan lesen niaga beca roda tiga. Gerai masih guna papan bagasi peti sejuk. Paling koman pakai papan Roda kabel TM. Amat lekeh apabila poster terpakai digunakan dan ditampal atau dijadikan alas meja. Lantai kotor. Pakaian penjaja tidak kemas. Mana EXCO PAS yang peduli. Mesuarat Ahli majlis Bandaraya apa agendanya? EXCO kerajaan tempatan dok buat lagu mana? Lanskap Wisma Darulaman macam lanskap kampungku 'Telok Kubu'. Pokok akasia. Krismas. Pelan lanskap macam kertas kerja budak tahun satu IKM. Wisma Darulaman adalah pusat pentadbiran negeri. Perkemaskan dan perelokan. Jang biar kelihatan beleh. Halaman hadapan Wisma patut dirapikan dengan rumpun-rumpun kesinai. Warna warnikan dengan Exzora. Harumkan dengan cempa atau rimbunan sedap malam. Gaya rapian pokok-pokok biarlah tidak statik. Ikut 'biasa'. Tirulah Bandaraya Kucing atau Melaka. Takkan semuanya kena tegur. Perindahkan laman rumput antara rumah Tok Su dengan wisma. Gelanggang Boling Padang pun penuh sampah dan dedaunan.
Kalau urus benda kecil-kecilpun tak terbuat, macam manalah nak urus negeri. PAS! aku tak pangkah dah kali ni. Hempa kaghot.Pasai madrasah sohinyah kancut pun tidak hempa mertabatkan. Cukuplah 5 tahun aku jadi PAS.
Khamis, 6 Disember 2012
Gasak
Mengapa kau mesti malu menjadi Melayu?. Adakah kerana kau malu kerana dilabel manusia mudah menangis.Mudah pilu. Manusia yang mudah simpatik. Manusia yang mudah cair kerana pujukan. Manusia mudah baran jika diadu domba. Manusia yang mudah lupa. Manusia yang tidak tahu berterim kasih. Manusia yang tahu hukum hakam tetapi tegar melanggar. Manusia yang tidak pernah sebulat suara. Iri hari. Dengki. Pandai sindir. Cepat latah. Boros ketika mewah. Berlagak ketika miskin. Pandai tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar. Melayu. Namun aku tidak malu mengaku melayu.
Apa salahnya bergaduh. Tidak luak untuk bertengkar. Gasaklah. Asal kau dapat subsidi. Cukup untuk kemudiannya kau buat modal untuk mengutuk. Dalam masjidpun kau kutuk juga walaupun yang hadir berjemaah itu sama sahadahnya dengan kau. Gasaklah. Kalau geram tidak berbendung maka selepas itu kau berbabil sesama sendiri. Apa takut. Bangsa kau. Warna kulit sama, sasa koro pun saja jua. Lantak.
Melayu curi kasut melayu di kaki lima mesjid. Sejadah untuk dibuat sujud pun dicuri. Tabung dalam masjid dikopak. Pembesar suara disamun. Berak pun tidak ditarik air. Bau hacing air kencing kadangkala menusuk hidung. Jangan malu. Kita melayu. Ikut pelembagaan melayu itu adalah Islam.
Dalam parlimen. Bertengkar macam orang mabuk todi. Melayu. Sopan hilang. Santun pun hanyut. YDP Dewan dipandang seperti turus pagar tunggal. Durinya tiada, pangkal pacaknya dilabel reput. Semua melayu di dewan yang mulia itu Islam tetapi budayanya hilang, sunah tidak diamal. Masih adakah manusia melayu di Malaysia? Kita kikis kuku kita menjadi tidak tajam. Kita potong kuku kita tetapi kita keghekah sesama kita.
Hwaaa. Hwaaa. Hwaaaaaaaa.
Langgan:
Catatan (Atom)

