Kalau Najib menang besar, agak-agaknya bagaimana nasib Anwar. Terkedu atau meracau macam murai gila tercabut ekor. Lebih malang jika Anwar kalah di Permatang Pauh. Penyokong PKR menganggap mustahil Anwar boleh kalah kerana majoriti Anwar pada PRK dahulu ialah 15 ribu. Andaian dan logika yang diguna pakai untuk diadu domba tidak lain ialah penipuan. Alasan yang cukup klasik dan sudah majai untuk didengar. Namun itulah senjata ampuh yang ada dalam minda Anwar yang boleh ditelah sampai bila-bila. Seolah-olah rakyat yang bukan golongan gila politik terlalu dungu dan akan menerima sogokan alasan-alasan itu.
Adakah Anwar akan sekali lagi turun ke jalan-jalan raya berdemontrasi kerana itulah kemahiran yang ada padanya berpaksikan 'refomasi'.
Kalau Najib kalah adakah akan terjadi seperti mana yang diwar-warkan oleh Anwar. Bagaimana lagak dan aksi Najib di Dewan Rakyat. Adalah Najib juga bertukar watak menjadi hantu dan kuang di rimba. Tanpa budi dan tanpa budaya untuk berbahasa elok selaras dengan nilai-nilai Islam.
Kita tunggu keputusan PRU-13 penuh debar. Dan kita akan melihat wajah dan watak yang bakal berlakon di Parlimen Malaysia. Adakah warisan yang dipertontonkan kepada rakyat akan sama tonjolannya seperti skrip 2008-2013. Sidang dewan yang paling memalukan kerana gerak laku dan mainan politik yang berlebihan. Hilang jati diri, hilang budaya, hilang keintelektualan. Sidang penghuni rimba yang dipengerusikan oleh Sang Kancil pun teratur dan tertip.


