Keputusan tetap dan tidak berubah. Pastikan Parlimen Pokok Sena tidak lagi akan diwakili oleh Mahfuz Umar. Ada 10 sebab Mahfuz Umar mesti ditolak.
1. Watak dan imej sebagai pejuang yang ingin merealisasikan Islam sebagai wadah perjuangan tidak kelihatan. Sombong. Angkuh. Tidak sopan. Tiada ciri-ciri seperti yang diajari oleh junjungan Nabi SAW. Apabila berbahas di Parlimen berkelakuan seperti warga rimba yang tidak bertamadun. Kasar dan kesat. Bangkang apa sahaja tanpa ilmu dan gagal menilai baik buruknya sesuatu isu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
2. Saya telah beri dia undi dan dia rupa-rupa sama sahaja seperti YB yang terdahulu. Sama dengan Bong Mokhtar. Mahfuz jenis memilih bulu. Hanya bulu hijau sahaja yang dilayan. Apakah itu fungsi Wakil Rakyat?. Dia gagal dan silap tafsiran kerana yang memilih dan mengundinya bukan sahaja berbulu hijau. Bulu biru dan bulu kelabu asap, yang kecewa dengan Mat Badawi dan yang simpati dengan Anwar juga mengundinya. Itu PRU ke 12.
3. Dia ada kroni. Dalam perjuangan Islam kita mesti berjemaah dengan hanya seorang imam yang bertauliah. Kalau asyik mencari salah dan bertelagah dengan Imam (Azizan) maka ia perlu ditolak. Pemimpin mesti tahu tertib dan budaya memilih, sama ada untuk mengangkat atau menamatkan seseorang pemimpin. Jalan adu domba adalah jahat.
4. Senaraikan apakah sumbang Mahfuz Umar. Banting! Poster! . Hanya hadir ke kenduri kenara kuncu-kuncu berbulu hijau tetapi kemiskinan di Parlimen Pokok Sena adakah dia peduli. Sesekali berucap penuh dengan kata-kata bombistik. Penuh dengan malonkolik. Plotnya "Salah UMNO".
5. Ada sesiapa yang mendengar Mahfuz Umar berani melaungkan " Kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam di Malayisa". Adakah dia berani?. Inilah geng Anwarism. Kumpulan yang menghalalkan cara asalkan dapat ke Putrajaya. Gadai prinsip. Kumpulan yang mengalihkan Negara Islam kepada Negara Kebajikan.
6. Bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Ketokohan Anwar perlu dinilai melalui Karpal Singh, Mat Sabu, Hassan Ali, Sidik Baba, Ismail Mena, Mahadhir Mohammad, dan mereka yang lari daripada PKR. Sokong Anwar bererti tiada prinsip. Manusia yang takut bersumpah tetapi menjadi sesumpah. Tiada integriti. Tidak membersihkan keperibadiannya hingga ke nokhtah terakhir.
7. Tanya sama Mahfuz Umar berapa jumlah janji-janji yang dia telah tunaikan di kawasan Parlimennya?
8. Mahfuz Umar pernah menang PRU ke 10, kalah PRU ke 11, dan diberi peluang sekali lagi pada PRU ke 12 tetapi dia tidak pernah menginsafi peluang kedua itu. Sumbangannya sebagai pemimpin tertinggi parti kepada kerajaan yang merintah Kedah adalah di tahap sifar. Nak sumbang apa kalau asyik dok pertikai cara Azizan memerintah. Itupun dia bernasib baik kerana Azizan baik hati, tidak berdendam dan mencadangkan namanya untuk mendapat gelaran Dato' .
9. Di Peringkat Nasional apa sumbangan Mahfuz? Pada penilaian saya dia hanya jadi tukang canang. Ideanya sudah di takah loya. Tanpa idea, tanpa wawasan dan tanpa ilmu tentang membentuk hala tuju negara bangsa maka dia tidak layak diberi undi.
10. Jika Shahlan Ismail bertanting di Parlimen Pokok Sena maka Mahfuz tidak mungkin menjadi pilihan. Apalagi Shahlan itu sama bin dengan SUA PKR. Tidak mengapa kerana Mahfuzpun sudah ada rumah baru. Kalahpun sudah tentu berbalui.
Selamat mengundi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan