Jumaat, 7 Disember 2012

Aku Takkan Pangkah PAS Lagi.

Kenapa aku marah sangat kepada  PAS. Maaflah. Aku marah parti bukan Ahli  PAS. Sebahagian pemimpin. Bukan semua. 2008 aku serah negeriku Kedah Darul Aman. Aku memang pangkah PAS kerana aku benci kepada UMNO. Pak Lah lembek. Ghonyeh dan jahanamkan. Bila PAS menang dia masih setia dengan status pembangkang. Apa yang dia labelkan UMNO dia sendiri tidak laksanakan. Apa dia janji dia mungkiri. Kau pun tahu ketika dia berjanji dia sendiri tidak terfikir bahawa dia akan menang. Bila menang dia terpinga-pinga. Memang selamanya dia belum pernah tawan Kedah. Bila menang dia cuba ubah. Nyata mereka buta urusan pentadbiran. Mereka hadapi pelbagai  sekatan disebabkan oleh peraturan dan undang-undang. Mereka tidak menjadi  tegar untuk mengubah tetapi terus menjadi pak turut. Maka mereka pun menjadi seperti UMNO. Ikut. Bahasa orang politik 'benda dah elok, kita ikut sajalah'.

Aku mungkin buta. Entah buta perut atau buta maklumat. Tapi memang aku tak nampak projek dan program yang Islamik. Apa yang ada memang sudah PAS sentiasa melaksanakannya sejak dahulu. Ceramah. Kempen.  tempek poter sana sini. Rumah urut, karaoke, judi ekor, kandang babi, masih macam zaman UMNO. 

Bandaraya Alor Star masih kotor. Tidak berubah. Tiada perubahan sikap para peniaga. Masih pakai tikar plastik untuk bumbung gerai. Masih keluarkan lesen niaga beca roda tiga. Gerai masih guna papan  bagasi peti sejuk. Paling koman pakai papan Roda kabel TM. Amat lekeh apabila poster terpakai digunakan dan ditampal atau dijadikan alas meja.   Lantai kotor. Pakaian penjaja tidak kemas. Mana EXCO PAS yang peduli. Mesuarat Ahli majlis Bandaraya apa agendanya? EXCO kerajaan tempatan dok buat lagu mana? Lanskap Wisma Darulaman macam lanskap kampungku 'Telok Kubu'. Pokok akasia. Krismas. Pelan lanskap macam kertas kerja budak tahun satu  IKM. Wisma Darulaman adalah pusat pentadbiran negeri. Perkemaskan dan perelokan. Jang biar kelihatan beleh. Halaman hadapan Wisma patut dirapikan dengan rumpun-rumpun kesinai. Warna warnikan dengan Exzora. Harumkan dengan cempa atau rimbunan sedap malam. Gaya rapian pokok-pokok biarlah tidak statik. Ikut 'biasa'. Tirulah Bandaraya Kucing atau Melaka. Takkan semuanya kena tegur. Perindahkan laman rumput antara rumah Tok Su dengan wisma. Gelanggang Boling Padang pun penuh sampah dan dedaunan.

Kalau urus benda kecil-kecilpun tak terbuat, macam manalah nak urus negeri. PAS! aku tak pangkah dah kali ni. Hempa kaghot.Pasai madrasah sohinyah kancut pun tidak hempa mertabatkan. Cukuplah 5 tahun aku jadi PAS.




Khamis, 6 Disember 2012

Gasak

Mengapa kau mesti malu menjadi Melayu?. Adakah kerana kau malu kerana dilabel manusia mudah menangis.Mudah pilu. Manusia yang mudah simpatik. Manusia yang mudah cair kerana pujukan. Manusia mudah baran jika diadu domba. Manusia yang mudah lupa. Manusia yang tidak tahu berterim kasih. Manusia yang tahu hukum hakam tetapi tegar melanggar. Manusia yang tidak pernah sebulat suara. Iri hari. Dengki. Pandai sindir. Cepat latah. Boros ketika mewah. Berlagak ketika miskin. Pandai tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar. Melayu. Namun aku tidak malu mengaku melayu.

Apa salahnya bergaduh. Tidak luak untuk bertengkar. Gasaklah. Asal kau dapat subsidi. Cukup untuk  kemudiannya kau buat modal untuk mengutuk. Dalam masjidpun kau kutuk juga walaupun yang hadir berjemaah itu sama sahadahnya dengan kau. Gasaklah. Kalau geram tidak berbendung maka selepas itu kau berbabil sesama sendiri. Apa takut. Bangsa kau. Warna kulit sama, sasa koro pun saja jua. Lantak.

Melayu curi kasut melayu di kaki lima mesjid. Sejadah untuk dibuat sujud pun dicuri. Tabung dalam masjid dikopak. Pembesar suara disamun. Berak pun tidak ditarik air. Bau hacing air kencing kadangkala menusuk hidung. Jangan malu. Kita melayu. Ikut pelembagaan melayu itu adalah Islam.

Dalam parlimen. Bertengkar macam orang mabuk todi. Melayu. Sopan hilang. Santun pun hanyut. YDP Dewan dipandang seperti turus pagar tunggal. Durinya tiada, pangkal pacaknya dilabel reput. Semua melayu di dewan yang mulia itu Islam tetapi budayanya hilang, sunah tidak diamal. Masih adakah manusia melayu di Malaysia?  Kita kikis kuku kita menjadi tidak tajam. Kita potong kuku kita tetapi kita keghekah sesama kita.

Hwaaa. Hwaaa. Hwaaaaaaaa.


Khamis, 1 Mac 2012

Amuk. Phahrulrazi

Apa sudah jadi dengan Pas Kedah. Semakin hampir dengan arena PRU-13 semakin bersilat. Karut.  Kes pulau memulau pemimpin masih terjadi di era maya terbuka. Ikut demokrasi. Sampai masa singkirlah sesiapapun jika kita ada sokongan. Tidak perlu selak kain tunjuk kudis kepada khalayak. Politik cara 'Kedai Kopi' sudah lama berlalu. Tidak perlu tunjuk siapa berani siapa penakut. Apa yang dicari oleh Phahrulrazi. senapang, panah sakti atau ubat pelali. Jangan meracau. Bertindak ikut akal bukan emosi. Jangan bawa rakyat dan pengikut dengan tali hidung yang reput. Rosaklah parti.