Jumaat, 7 Disember 2012

Aku Takkan Pangkah PAS Lagi.

Kenapa aku marah sangat kepada  PAS. Maaflah. Aku marah parti bukan Ahli  PAS. Sebahagian pemimpin. Bukan semua. 2008 aku serah negeriku Kedah Darul Aman. Aku memang pangkah PAS kerana aku benci kepada UMNO. Pak Lah lembek. Ghonyeh dan jahanamkan. Bila PAS menang dia masih setia dengan status pembangkang. Apa yang dia labelkan UMNO dia sendiri tidak laksanakan. Apa dia janji dia mungkiri. Kau pun tahu ketika dia berjanji dia sendiri tidak terfikir bahawa dia akan menang. Bila menang dia terpinga-pinga. Memang selamanya dia belum pernah tawan Kedah. Bila menang dia cuba ubah. Nyata mereka buta urusan pentadbiran. Mereka hadapi pelbagai  sekatan disebabkan oleh peraturan dan undang-undang. Mereka tidak menjadi  tegar untuk mengubah tetapi terus menjadi pak turut. Maka mereka pun menjadi seperti UMNO. Ikut. Bahasa orang politik 'benda dah elok, kita ikut sajalah'.

Aku mungkin buta. Entah buta perut atau buta maklumat. Tapi memang aku tak nampak projek dan program yang Islamik. Apa yang ada memang sudah PAS sentiasa melaksanakannya sejak dahulu. Ceramah. Kempen.  tempek poter sana sini. Rumah urut, karaoke, judi ekor, kandang babi, masih macam zaman UMNO. 

Bandaraya Alor Star masih kotor. Tidak berubah. Tiada perubahan sikap para peniaga. Masih pakai tikar plastik untuk bumbung gerai. Masih keluarkan lesen niaga beca roda tiga. Gerai masih guna papan  bagasi peti sejuk. Paling koman pakai papan Roda kabel TM. Amat lekeh apabila poster terpakai digunakan dan ditampal atau dijadikan alas meja.   Lantai kotor. Pakaian penjaja tidak kemas. Mana EXCO PAS yang peduli. Mesuarat Ahli majlis Bandaraya apa agendanya? EXCO kerajaan tempatan dok buat lagu mana? Lanskap Wisma Darulaman macam lanskap kampungku 'Telok Kubu'. Pokok akasia. Krismas. Pelan lanskap macam kertas kerja budak tahun satu  IKM. Wisma Darulaman adalah pusat pentadbiran negeri. Perkemaskan dan perelokan. Jang biar kelihatan beleh. Halaman hadapan Wisma patut dirapikan dengan rumpun-rumpun kesinai. Warna warnikan dengan Exzora. Harumkan dengan cempa atau rimbunan sedap malam. Gaya rapian pokok-pokok biarlah tidak statik. Ikut 'biasa'. Tirulah Bandaraya Kucing atau Melaka. Takkan semuanya kena tegur. Perindahkan laman rumput antara rumah Tok Su dengan wisma. Gelanggang Boling Padang pun penuh sampah dan dedaunan.

Kalau urus benda kecil-kecilpun tak terbuat, macam manalah nak urus negeri. PAS! aku tak pangkah dah kali ni. Hempa kaghot.Pasai madrasah sohinyah kancut pun tidak hempa mertabatkan. Cukuplah 5 tahun aku jadi PAS.




Tiada ulasan: